ikutkan 3tahun 1/2, tapi disebabkan masalah.....extend..
Tahun ini adalah tahun terakhir aku.
Masuk tahun depan cukup umur aku yang ke 30.
Angka 3...bagi aku menandakan ada tiga kejayaan.. yang aku pendamkan...
Aku kena tunggu lah 2007..jika di panjangkan umur. :->  :->  :->  :->
Carilah ilmu  walaupun ke negara china sekalipun.
Selagi kita hidup carilah ilmu..yang boleh mendatangkan faedah pada diri sendiri dan
sekeliling. Jangan sesekali putus asa. Walaupun secara teori ataupun praktikal...
uniten....harapanku..
Bagi saya tahun 2006... untuk berjaya dlm study..tahun akhir..
Apa yang wanita perlu tau...
1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu
terhegeh-hegeh meminta si
dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani
kamu pergi
membeli-belah.
2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu
mempersoalkan tentang
keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya.
Lelaki amat payah
utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya
ketegasan.
3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia
bersiar-siar di tepi
pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin
sambil mengenangi
saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit
sekali perancangan
utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu
yg boleh
menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu
berdiam diri dulu sampai
kemarahan reda.
5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara
ataupun bercerita ttg
hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu
rehat yg secukupnya
dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah
kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba
berterus-terang dan
meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya
itu. Kamu patut
bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi
pendapat kamu juga.
Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu
memberontak, pasti akan
dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut
menjejaskan diri
sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk
membiarkan kamu membuat
keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu
berdua.
8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si
dia. Contohnya
membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg
selamba ini
selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab
itu, kamu patut
merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul
periksa. Jika benar si
dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa
bersikap begitu.
Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah
kamu sendiri yg
berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh
mengambil
kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai
memperlekehkan setiap
tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang
padanya dan mengatakan
yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa
mengharapkan org lain
sangat.
Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat 'dating'
setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah
berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.
1. Ketahui seseorang dgn mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil
keputusan untuk bertemunya.
2. Gunakan e-mel, chat, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu utk
berkomunikasi. Jgn terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana
anda tidak benar2 mengenali rakan siber baru anda itu.
3. Cuba bertanya soalan2 yg boleh membantu anda mengenali mengenai
seseorang terlebih dahulu , samada dia emrupakan pasangan yg anda
cari.
4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda
benar2 mengenali personaliti seseorang itu.
5. Sentiasa simpan maklumat yg pasangan baru anda beritahu mengenai
dirinya dan pastikan maklumat2 tersebut tidak berubah apabila anda
bertanyakan di waktu lain.Ini penting utk memastikan dia bersikap
benar atau tidak.
6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet.
Golongan pertama ialah mereka yg suka menyamar dan tidak mendedahkan
identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat2 tertentu bersikap
demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yg sentiasa
bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak
dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura2.
7. Jgn mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yg anda
hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar2 memahami diri anda.
Ini kerana masih banyak orang yg berpura2 dalam Internet.
8.Jgn memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda
mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal utk
benar2 mengenali pasangan anda.
9. Anda boleh memberi maklumat yg anda inginkan tetapi jgn
mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah,
telefon atau tempat kerja.Apa yg penting maklumat seperti apa yg anda
suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat
kerja anda. Jaga2 jika individu tersebut mendesak utk mendapatkan
maklumat peribadi anda.
Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama
1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan
orang yg anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan
siber.
2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan2 anda sekali. Jgn sekali-
kali pergi seorang diri.
3. Pastikan makanan dan minuman yg anda minum bersamanya selamat. Jgn
sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja
kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam
makanan atau minuman ketika anda tiada.
4. Apabila bertemu, orang yg anda jumpa merupakan org yg anda sering
hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan2 yg biasa anda
gunakan ketika berbual di Internet.
5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.
Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya
1. Teruskan perasaan was2 terhadap orang yg anda temui. Teruskan
langkah berjaga2 seperti perjumpaan pertama.
2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting
utk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.
3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti
menilai gaya hidup dan keperibadiannya.